Thursday, April 2, 2009

Ujian Allah

Apa yang ummi ingin ceritakan di sini adalah apa yang berlaku di hadapan ummi sendiri. Harap dapat dijadikan iktibar untuk kita semua terutamanya diri ummi sendiri.

Seperti biasa setiap kali tibanya waktu ummi incharge di intensive care unit (ICU), masa ummi agak kurang sedikit dengan Khaira. Ummi akan balik lambat sedikit berbanding ketika ummi incharge di dewan bedah.

Di ICU, walaupun stressful dan penat tapi ummi enjoy because ummi akan jumpa macam-macam ragam doctors, patient dan pelbagai jenis penyakit. I have to deal with all of them..

Cerita yang ummi nak bgtau kat sini adalah salah satu kisah yang betul-betul mencuit hati ummi.
Kisahnya adalah mengenai seorang budak perempuan yang berumur 11 tahun yang telah dimasukkan ke ICU kerana masalah pernafasan. Sebelum itu, she was diagnosed to have transverse myelitis. She is previously well, never been admitted but suddenly fell sick. Ummi baca further history about her....rupa-rupanya she is the only child in the family and a top student in the school. Ya Allah..ummi tak dapat bayangkan macam mana perasaan ibu dan ayahnya apabila satu-satunya anak mereka jatuh sakit.

Penyakitnya agak teruk..banyak hari jugak dia bergantung pada bantuan mesin pernafasan. She is sometime alert and can write simple word. contoh yang pernah ummi baca, dia pernah tulis..sakit..penat..lapar.. dan satu lagi ummi agak tersentuh apabila dia tulis "saya mahu cepat sihat, saya tak nak ummi dan ayah risau"
setiap kali baca tulisannya ummi rasa kasihan sangat.Ummi dapat rasakan she is a good girl. Dia fikir perasaan orang tuanya dan tak nak ummi dan ayahnya risau kerana dia.Finally we manage to wean her off from ventilator.

Hari terakhir ummi di ICU, sewaktu membuat round petang, she complained that she had difficulty in breathing and she refused to wear a BIPAP mask ( non invasive ventilatory support). Waktu tu jugak ummi ternampak kertas yang dia tulis....kali ni betul-betul membuatkan ummi tersentuh

" Bismillahirahmanirahim ( di tulis dalam bahasa jawi)
Ya Allah.Kuatkanlah semangatku
Tabahkanlah hatiku..
Pulihkanlah aku seperti sedia kala..
Ya Allah, perkenankanlah doaku..."
Hati ummi amat tersentuh. Di tangannya terdapat sebuah buku bertajuk mukjizat Nabi.
Ummi terasa air mata ummi seakan ingin mengalir apabila dia mengadu susah untuk bernafas sambil air matanya berjurai keluar. But I have to be professional.
Dalam hati, ummi memuji ummi dan ayahnya yang mendidiknya menjadi seorang anak yang solehah.
Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dan kembali seperti sedia kala.Amin..

No comments: