Wednesday, October 28, 2009

Terengganu vs Kuala Lumpur

Berat untuk ummi dan abi buat keputusan.
Keputusan untuk balik ke Terengganu atau terus stay kat Kuala Lumpur.

Semuanya datang dengan tiba-tiba..di saat ummi sibuk untuk apply program master..di saat itu jugalah abi dapat offer kerja kat Terengganu as a residence engineer, satu pengalaman baru untuk abi.

Sebelum ni ummi dan abi dah merancang..sekiranya ummi dapat join master programme next year, bila ummi kena pindah ke HKL tahun kedua, kita sekeluarga akan berpindah ke PV6 kat Taman Melati. Dan kita akan stay kat sana sehingga ummi habis belajar. Jadi kita sekeluarga takkan berpisah.Ummi pun rasa seronok sebab dapat duduk rumah sendiri.

Tapi semuanya hanya rancangan, Allah yang menentukan perjalanan hidup seseorang.
Bila abi dapat offer kerja kat Terengganu, abi cukup gembira..tetapi tidak untuk ummi.
Ummi dah selesa kerja kat Hospital Selayang, ummi dah selesa tinggal di kuarters hospital..dan yang paling ummi suka, ummi tak perlu bawa kereta untuk pergi kerja..hanya jalan kaki sahaja.

Hati ummi lagi berat bila dengar anaesthesia department kat HSNZ dua tiga kali ganda lagi sibuk dari Hospital Selayang. Apatah lagi ummi akan bekerja satu department dengan kakak ipar sendiri. Malunya ummi bila ummi ada buat kesilapan...ye lah, sebagai manusia biasa kita takkan terlepas dari melakukan kesilapan.

Arrgh..kenapa ummi terlalu mementingkan diri sendiri??

Tahun 2006..sewaktu ummi berpindah ke Hospital Selayang dari HSNZ, ummi cukup derita. Ummi terpaksa buat apa yang ummi tak suka buat ( dulu ummi tak minat dengan anaesthesia). Setiap hari ummi menangis kerana stress dengan kerja. Ummi teruskan hari-hari ummi dengan perasaan tertekan sehinggalah akhirnya ummi dapat sesuaikan diri dengan anaesthesia.

Abi pernah berkata pada ummi, sebenarnya abi pun dah rasa selesa tinggal di sini. Tapi tok wan dah tua..dah di hujung usia..jika terjadi apa-apa, menyesal tak sudah nanti.Tapi abi kata apa-apa pun terpulang pada ummi.

Beratnya untuk ummi buat keputusan.Takkan ummi nak pentingkan keselesaan ummi di sini? Akhirnya ummi putuskan kita akan balik ke Terengganu.Sekiranya ummi lakukan sesuatu kerana suami, dan suami pula melakukan sesuatu kerana ibunya..insyaAllah kehidupan diberkati.Jika ummi putuskan untuk terus tinggal di KL, dan terjadi sesuatu pada tok wan atau parents ummi sendiri, pasti ummi akan menyesal nanti.

Ummi berharap suatu hari nanti anak2 ummi pun akan ingat pada ummi dan abi. Abi kata kehidupan kita ni timbal balik. Sekiranya kita melakukan kebaikan pada kedua ibu bapa kita, insyaAllah anak-anak kita pun akan melakukan kebaikan untuk kita.

Wednesday, October 14, 2009

Inikah ujian? ( Part 1 )

Ummi penat !!!

Ummi penat dengan sikap Khaira yang asyik nak pukul adik.

Ummi penat pasal ummi tak boleh letak adik kat luar, kena sentiasa letak kat dalam bilik.Jadi ummi pun terpaksa banyak spend masa kat dalam bilik.

Ummi penat, setiap kali ummi bawak adik keluar dari bilik, Khaira akan cari peluang untuk pukul adik.

Ummi penat untuk nasihatkan Khaira..seolah2 hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Akhirnya Khaira jadi mangsa pukul ummi.

Kenapa ummi tak boleh jaga adik dengan aman? Inikah ujian buat ummi?

Kenapa Khaira jadi macam ni? Adakah silap ummi yang mendidik?
Ummi cuba tak pukul Khaira tapi kekadang kemarahan ummi memuncak bila Khaira pukul kepala adik dengan kuat sekali. Memang kebiasaanya kepala adik yang menjadi sasaran.

Ummi selalu bagi chance kat Khaira, bagi peluang Khaira untuk sentuh adik, kiss adik..supaya timbul rasa sayang pada adik, tapi setiap kali diberi peluang, pasti berakhir dengan satu atau dua pukulan untuk adik.

Kesian adik...

Kesian jugak kat Khaira yang kena pukul. Kekadang ummi pujuk diri sendiri..Khaira mungkin tak mengerti apa-apa, mungkin dia cemburu.

Tapi kenapa kawan-kawan ummi tak ada masalah macam ummi? Ok je bila budak seusia Khaira dapat adik.Kenapa Khaira jadi macam ni?

Bilakah situasi ni akan berakhir?
Macam mana ummi nak kembali bekerja nanti?

Ummi pasti, our maid takkan boleh untuk menjaga Khaira dan adik seorang diri.

Ummi dah berfikir-fikir macam mana nak mengatasi masalah ni..

Plan A - Ummi terpaksa hire seorang lagi maid untuk menjaga adik. Tapi just untuk sementara waktu...sementara menunggu Khaira okay dengan adik. Terpaksalah ummi dan abi berhabis duit sikit. (Dah ada seseorang yang sanggup nak datang jaga adik, babysitter Khaira yang dulu.)

Plan B - Hantar Khaira ke sekolah.

Mungkin ummi akan hantar Khaira ke sekolah dulu. If Khaira okay, mungkin ummi ambik plan B.

Apa-apa pun akan diputuskan kemudian after discuss dengan abi.



Monday, October 5, 2009

Welcome to our family


Syukur Alhamdulillah,akhirnya ummi selamat melahirkan Aisy Afrina pada hari merdeka, 31st Ogos 2009.

Pengalaman yang cukup indah untuk ummi gambarkan walaupun penuh dengan kesakitan.Segala doa ummi termakbul. Ummi dapat melahirkan aisy secara normal tanpa epidural dengan kehadiran abi di sisi. Labour progress pun sangat cepat.Syukur..syukur..syukur..

Kronologi sewaktu kelahiran Aisy Afrina:

29/8/09 - Ummi decided untuk pergi ke hospital for induction of labour because hari ni dah post date 8 days dan ummi masih belum terasa sakit untuk bersalin.Ummi pergi sebab ummi nak abi ada time ummi melahirkan anak. Kebetulan time ni weekend dan abi balik ke terengganu. Ummi masuk hospital dah almost pukul 11 malam.

30/8/09 - After ward round, doktor yang in charge scan ummi. Estimated fetal weight was 3.7-3.8 kg. Cervix opening dah 3 cm tapi ummi masih belum sakit. She asked me to decide either ummi opted for LSCS or SVD ( normal delivery). Ummi agak risau dengan berat baby macam tu because last time Khaira( 3.85 kg) pun tak lepas. But ummi still decide for SVD walaupun hati sgt runsing.

Petang - Sister abi ( Teh) datang jumpa ummi. She is an anaesthetist. She asked me..how??
Ummi cakap ummi nak SVD. Katanya daripada ambil risiko better LSCS. Daripada pergi emergency LSCS, better elective as we are prepared.Ummi discuss about risk and benefit, akhirnya ummi decided for LSCS. Lagipun ahli keluarga ummi pun cakap perut ummi terlalu besar dan macam tak boleh keluar ikut normal. Ummi decided nak caesar pada 1/9/09 . Kalau jadi apa-apa senang coz time tu ramai orang ( time office hour).

Teh mintak dengan specialist on call untuk bawak balik ummi ke rumahnya. Sebab keesokan tu 31/8, sementara nak tunggu 1/9/09..so ummi tak lah boring sangat kat hospital.

31/8/09 :

Malam : Ummi sembahyang hajat dan berdoa, moga Allah tentukan yang terbaik untuk ummi dan jauhkan ummi dari segala bahaya sewaktu melahirkan anak nanti.

5.00 am - ummi terasa mild contraction. Ummi just ignore because sebelum ni pun ummi dah banyak rasa contraction macam ni tapi tak progress jugak.Sewaktu sahur, contraction makin kerap. Ummi rasa ini mmg betul dah in labour.

6.00 am - Abi bersiap untuk ke masjid. Ummi cakap balik cepat sikit, tak payah tunggu ceramah habis sebab ummi rasa dah sampai masa.

7.00 am ++ - Abi hantar ummi ke hospital. Ummi tanya staff nurse, who's the doctor on call today sebab ummi nak request caesar. Staff nurse tu cakap kat ummi.."cuba SVD lah doktor..."( she never know my problem..)

8.20 am - VE done. Os dah terbukak 6 cm. After VE ummi pergi ke toilet. Sewaktu kat toilet, ummi dapat SROM ( spontanous rupture of membrane), tapi tak banyak sangat air yang keluar. Ummi cepat2 keluar dari toilet dan ke katil. Tiba-tiba...zzuppp..keluar air ketuban dengan banyaknya..Ummi takut sebab ummi ada polyhydramnios. Ummi tekan button kat katil tapi tak function. Ya Allah...macam mana ni? Ummi menangis, sebab ummi kat dalam bilik dan tak siapa boleh dengar.Akhirnya ummi mintak tolong patient lain panggilkan staff nurse untuk ummi. Terus ummi di hantar ke labour room.

8.40 am - Di labour room, VE done again. Os dah terbukak 8 cm. Anaesthetist dah prepare untuk bagi epidural sebelum VE dibuat. Doktor bahagian O & G cakap tak payah epidural ..takut nak meneran time tengah bagi epidural.Ummi mention kat consultant yang buat round yang ummi takut complication of big baby tapi he asked me to try SVD first. The experienced MO also convinced me. Ya Allah..jauhlah aku dari sebarang bahaya dan bagilah kekuatan untuk hadapi kesakitan ini.
Walaupun diberi entonox tapi ia tidak betul-betul menghilangkan kesakitan, hanya membuat ummi sedated in between contraction.

9.55 am - Alhamdulillah..Aisy selamat dilahirkan dengan berat 3.46 kg :-) Mungkin perut ummi besar sangat disebabkan polyhydramnio.

Welcome to our family Aisy....
Moga Allah panjangkan umur ummi untuk menjaga dan mendidik anak2 ummi dengan sempurna.