Wednesday, October 28, 2009

Terengganu vs Kuala Lumpur

Berat untuk ummi dan abi buat keputusan.
Keputusan untuk balik ke Terengganu atau terus stay kat Kuala Lumpur.

Semuanya datang dengan tiba-tiba..di saat ummi sibuk untuk apply program master..di saat itu jugalah abi dapat offer kerja kat Terengganu as a residence engineer, satu pengalaman baru untuk abi.

Sebelum ni ummi dan abi dah merancang..sekiranya ummi dapat join master programme next year, bila ummi kena pindah ke HKL tahun kedua, kita sekeluarga akan berpindah ke PV6 kat Taman Melati. Dan kita akan stay kat sana sehingga ummi habis belajar. Jadi kita sekeluarga takkan berpisah.Ummi pun rasa seronok sebab dapat duduk rumah sendiri.

Tapi semuanya hanya rancangan, Allah yang menentukan perjalanan hidup seseorang.
Bila abi dapat offer kerja kat Terengganu, abi cukup gembira..tetapi tidak untuk ummi.
Ummi dah selesa kerja kat Hospital Selayang, ummi dah selesa tinggal di kuarters hospital..dan yang paling ummi suka, ummi tak perlu bawa kereta untuk pergi kerja..hanya jalan kaki sahaja.

Hati ummi lagi berat bila dengar anaesthesia department kat HSNZ dua tiga kali ganda lagi sibuk dari Hospital Selayang. Apatah lagi ummi akan bekerja satu department dengan kakak ipar sendiri. Malunya ummi bila ummi ada buat kesilapan...ye lah, sebagai manusia biasa kita takkan terlepas dari melakukan kesilapan.

Arrgh..kenapa ummi terlalu mementingkan diri sendiri??

Tahun 2006..sewaktu ummi berpindah ke Hospital Selayang dari HSNZ, ummi cukup derita. Ummi terpaksa buat apa yang ummi tak suka buat ( dulu ummi tak minat dengan anaesthesia). Setiap hari ummi menangis kerana stress dengan kerja. Ummi teruskan hari-hari ummi dengan perasaan tertekan sehinggalah akhirnya ummi dapat sesuaikan diri dengan anaesthesia.

Abi pernah berkata pada ummi, sebenarnya abi pun dah rasa selesa tinggal di sini. Tapi tok wan dah tua..dah di hujung usia..jika terjadi apa-apa, menyesal tak sudah nanti.Tapi abi kata apa-apa pun terpulang pada ummi.

Beratnya untuk ummi buat keputusan.Takkan ummi nak pentingkan keselesaan ummi di sini? Akhirnya ummi putuskan kita akan balik ke Terengganu.Sekiranya ummi lakukan sesuatu kerana suami, dan suami pula melakukan sesuatu kerana ibunya..insyaAllah kehidupan diberkati.Jika ummi putuskan untuk terus tinggal di KL, dan terjadi sesuatu pada tok wan atau parents ummi sendiri, pasti ummi akan menyesal nanti.

Ummi berharap suatu hari nanti anak2 ummi pun akan ingat pada ummi dan abi. Abi kata kehidupan kita ni timbal balik. Sekiranya kita melakukan kebaikan pada kedua ibu bapa kita, insyaAllah anak-anak kita pun akan melakukan kebaikan untuk kita.

No comments: