Sunday, June 28, 2009

Satu titik permulaan

Proses pengajaran Khaira dah lama terhenti. Semua activity Khaira tidak diatur dengan sempurna. Segalanya bergantung pada maid.Kerana kemalasan ummi juga, blog sudah tidak di up date begitu lama.

Ummi perlu perbetulkan segala apa yang tidak betul. Kenapalah ummi tidak gunakan peluang semasa mengandung ini untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Tidakkah ummi tahu kelebihan wanita mengandung??

Hari ni, ummi sangat terharu..melihat satu lagi proses perkembangan Khaira. Khaira sudah pandai bercerita..walaupun cerita rekaannya jump from one topic to the other topic, tapi sekurang-kurangnya Khaira sudah pandai mencipta satu cerita dan diceritakan dengan penuh gaya. Sewaktu Khaira bercerita di hadapan ummi dan abi, ummi bayangkan Khaira seorang budak tadika yang sedang bercerita di atas pentas. Hati sayu gembira...Moga Allah panjangkan umur ummi untuk melihat Khaira membesar dengan sempurna.

Untuk puteri ummi,Khaira Aisya... ummi akan cuba buat yang terbaik terutamanya menjelang saat-saat kelahiran adik Khaira dan seterusnya.

Untuk Abi, terima kasih kerana sentiasa memahami ummi dan melayan karenah-karenah ummi. Ummi betul-betul hargai kesabaran abi dengan segala sikap ummi. Thank you Abi !

---------------------------- **----------------------------

Saturday, June 6, 2009

Khaira's Hobby

What is your hobby?

Sekiranya Khaira pandai menjawab soalan ummi ni, pastinya jawapan Khaira seperti ini ;

1) Ipat aju ( Lipat baju )
2) Kengok CD Doya - tengok CD Dora ( esp cerita baby dino ).
3) conteng-conteng
4) Andi ( mandi ) - tapi maksudnya main sabun dalam bathroom
5) read book
6) ain lego - main lego
7) Dancing

Susunan di atas adalah mengikut kesukaan Khaira. Yang paling Khaira suka lipat baju. Khaira memang sudah pandai lipat baju walaupun tidak lah sekemas orang besar melipat baju. Tapi ummi cukup bangga dengan Khaira, seawal umur 2 tahun Khaira sudah pandai buat kerja rumah. Bukan setakat lipat baju, sapu lantai dan mop air tumpah pun Khaira sudah pandai.

Wednesday, June 3, 2009

How's Khaira react to strangers?

Sewaktu di KLIA......



Pada 31/5/2009 ( ahad) abi, ummi dengan Khaira ke KLIA untuk berjumpa dengan tok wan, ayah teh, teh, pakcik mad dan .... yang akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Apa yang menarik tentang Khaira hari ini adalah sikap Khaira apabila berhadapan dengan strangers.



1) Khaira pada awalnya agak susah untuk terus didekati, tetapi telah menunjukkan tanda-tanda yang dia berminat untuk berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan orang/group tersebut.



2) After beberapa ketika, Khaira akan perlahan-lahan mendekati orang/group tersebut.



3) Apabila sudah serasi, Khaira akan terus baik dengan group yang baru dikenalinya. Tak kira sesiapa, dia mendekati orang tersebut seperti sudah lama mengenali mereka. Bila dah sampai stage ni, Khaira dah tak nampak ummi dan abi lagi. ( ummi dan abi langsung tak dihiraukan walau di depan mata nya).



Kesimpulan : ummi dan abi risau sebab bila dah sampai stage 3 tu, orang yang ummi dan abi tak kenal pun Khaira boleh baik. Sebab bila dah sampai stage tu, sesiapa sahaja nak ambik Khaira pun boleh, sebab time ni Khaira dah tak perlu 'warming up' lagi untuk berkenalan dengan sesiapa.