Sunday, April 19, 2009

Cabaran buat ummi

Kekadang hadir perasaan takut di hati ummi...takut untuk membesarkan anak-anak ummi. Takut ummi tersilap langkah, tersilap cara dan takut ummi kekurangan masa untuk bersama anak-anak.

Melihat development Khaira, ummi rasa bersyukur sangat kerana Allah kurniakan ummi seorang anak yang sihat dan pandai. Perjalanan masih jauh..next month usia Khaira baru 2 tahun. Apa yang paling penting adalah doa..doa..dan terus berdoa.


Semalam ummi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ummi tak dapat nak spend masa lama kat sana sebab terlalu ramai orang sampai nak berjalan pun susah.Mungkin ummi perlu pergi time orang bekerja bukan weekend. Syukur sebab time ummi melangkah keluar dari PWTC tanpa membeli apa-apa, ummi ternampak booth Anis so sempatlah ummi renew langgan majalah Anis. Masa kat luar PWTC pulak, ummi ternampak booth read network, dapatlah ummi beli sesuatu untuk Khaira.







Berdoalah anakku..


Mungkin tak sesuai untuk age Khaira sebab Khaira tak pandai baca lagi tapi ummi nampak benda ni menarik. Ummi bacakan dulu untuk Khaira. Bila Khaira besar sikit, ummi boleh tampal kat bilik Khaira.












Set read easy..


Ummi tak beli 1 set, sebab Khaira dah ada buku-buku read easy. Ummi cuma belikan VCD sahaja. New version read easy ada disertakan VCD dan cover pun dah ditukar ( seperti gambar di atas ).




Dalam 3 bahasa, Melayu, Arab dan English dan disertakan 1 keping VCD..









Cory cat..

mengandungi phonic flash card.














Buku ni menarik kerana menggunakan real pictures.

Tebalnya adalah 255 pages.



Ummi cuba mengajar Khaira menggunakan buku read easy dan CD tapi nampaknya benda ni terlalu advance untuk Khaira. Khaira macam susah je nak ikut.Aduh..sakit kepala ummi. Apakah teknik yang perlu ummi gunakan supaya Khaira cepat membaca?


Patutkah ummi menyambung kembali teknik yang di syorkan oleh Glenn Doman yang telah terbengkalai sekian lama? Flash card yang ummi buat sendiri masih ada cuma ummi dah give up menggunakannya.Nampaknya ummi kena baca balik buku " How to teach your baby to read" by domann.


Dan satu lagi yang memeningkan ummi, Ummi patut ajar Khaira membaca dalam english atau malay dahulu?



Aduhai, pening kepala ummi.

Semua ni cabaran untuk ummi..

No comments: