Monday, May 4, 2009

Kejadian yang tak diingini

Sejak balik dari kampung,beberapa hari ummi tak dapat tidur lena.

Khaira tahu kenapa?

1) Isnin
Ummi on call. I have a non stop operation since morning till 5 am next morning.

2) Selasa
Khaira mula demam. Ummi rasa badan Khaira panas. So setiap 1-2 jam ummi kunci jam for tepid
sponged Khaira. Ummi terpaksa masukkan suppository paracetamol sebab badan Khaira tetap panas
even ummi dah kerap buat tepid sponging. Kesian Khaira, tak selesa. Sorry sayang, ummi terpaksa pasal
ummi tak nak badan Khaira panas the whole night.

3) Rabu
Khaira still demam. Bila balik daripada kerja, hati ummi sedih tengok Khaira terbaring je. Ummi lapkan
badan Khaira, syukur sebab temperature turun sikit. Bila ok sikit, Khaira ajak ummi gi jalan-jalan.
katanya " jom jalan-jalan aik car , ok?"

Tanpa mahu menghampakan Khaira, ummi bawak Khaira jalan-jalan round dekat area sini.
Malam, badan Khaira panas lagi. Waktu dinner khaira complained sakit di bahagian jaw. Ummi check,
tengok bahagian post auricular ( belakang telinga ) Khaira bengkak dan merah.

Ummi fikir kenapa....is there any infection from head and neck region?
Ummi tak jumpa source..mungkin lymphadenitis.

Masalah ummi , Khaira tak nak makan ubat.
Sebelum tidur, Khaira looks very weak. She didn't eat and also refused milk.
What should I do?
Khaira looks tachypnoeic. The respiratory rate was 56/minute.
Abi tanya ummi ..." Betul ke tak payah bawak ke hospital ni ?"
Ummi menangis....

Khaira tengok ummi and asked me " Ummi cry?"
" Ye..ummi cry sebab Khaira tak nak makan dan minum. Ummi cry sebab Khaira sakit"

Dalam hati ummi...bertanya pada diri sendiri..
Adakah ummi berada dalam keadaan denial state?
Undertreat my own child?

Sekali lagi ummi masukkan suppository PCM untuk Khaira. Tak tahan tengok Khaira terlalu panas.
Khaira nampak uncomfortable even ummi guna KY jelly sewaktu masukkan supp PCM.
Ummi cakap dengan abi.."kita observe dulu Khaira kat rumah, tengok macam mana.
Kalau tomorrow tak improve jugak, ummi bawak Khaira ke hospital esok."

Next morning, Khaira nampak much better. Syukur alhamdulillah..
Waktu ummi balik kerja..Khaira dah melompat-lompat.

4) Khamis
Malam, ummi dan abi bawak Khaira pergi dinner kat luar. Lepas dinner pergi beli barang dapur so balik
agak lambat..around 12 midnight.

Di rumah, sebelum tidur, Khaira bermain di biliknya. Ummi dan Abi temankan Khaira sehinggakan
tertidur di bilik Khaira. Tak lama lepas terlelap, Khaira terjaga dan menangis. Ummi tak ambil tahu
sangat..biasanya abi yang selalu jaga Khaira di waktu malam ( Thanks Abi :-) )
At 3 am, abi kejutkan ummi, cakap yang abi dah tak tau nak buat apa pasal Khaira menangis non stop.

Ummi cuma pujuk Khaira dengan macam-macam cara, tapi tak berjaya.
Then, ummi cuba biarkan je..dengan harapan bila Khaira letih menangis, dia akan berhenti. Tapi
nampaknya cara ummi tak berkesan.
Akhirnya, Khaira tertidur dalam pukul 4 pagi. Pukul 5.30 pagi, Khaira bangun lagi dan menangis non stop.Pukul 7 am, ummi dan abi give up.

Abi cuba tanya kenalan, sesiapa yang ada mengenali ustaz yang arif dalam hal ni. Waktu ni ummi dan abi dah fikir benda yang bukan-bukan.

Points for:
1) Kalau sakit, Khaira akan bagitau. Tapi ni Khaira tak cakap apa-apa.
2) Waktu Khaira menangis, ummi tanya kenapa..khaira cakap "takut" sambil tanganya tunjuk ke satu arah.
3) Khaira tak pernah menangis gaya macam ni..sampai tergolek-golek kat atas lantai.

Akhirnya, Abi dan ummi bawa Khaira berjumpa dengan seorang ustaz di institut tahfiz al-quran dan dakwah dekat area sini.

Waktu ustaz tu bacakan azan beberapa kali dan dituruti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, Khaira masih menangis.Selepas semua selesai, Khaira senyap..Alhamdulillah.

5) Jumaat
Ummi dapat tidur lena :-)

6) Sabtu
Ummi on call lagi !

Ummi jadikan kejadian seperti ini sebagai pengalaman untuk ummi. Bila fikirkan, ada juga faedahnya...at least ummi merasa betapa deritanya ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit.
Ujian ni kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan orang lain.

Ummi bersyukur........

No comments: