Friday, July 3, 2009

Nursery rhymes or Ayat Quran?

Ummi : Do you want me to sing a song for you?
What song do u want?
Khaira : pider!!... ( dengan excited nya menjawab spider, maksudnya khaira nak lagu eensy
weensy spider lah tu )
Ummi : " Eensy weensy spider climbed up the water spout
Down came the rain and washed the spider
Out came the sun and drain up all the rain
And eensy weensy spider climb up the spout again..."
( ummi akan menyanyi dengan penuh gaya dan khaira akan ikut gaya ummi atau
dancing ikut gaya dia sendiri)

Khaira : Ba ba cip.. ( maksudnya Khaira nak ummi nyanyikan lagu ba ba black sheep, as usual bila dah habis satu lagu, Khaira akan mintak lagi satu dan begitulah seterusnya. Semua nursery rhymes yang dia tahu dia akan mintak ummi nyanyikan)

Begitulah setiap kali ummi nak pujuk Khaira atau saja nak buat Khaira happy. Ummi pun akan enjoy sama bila tengok Khaira happy.

Sehingga suatu hari ummi terbaca dalam buku Apa, Mengapa dan Bagaimana?
Ummi rasa macam diri ummi terkena..

" Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak boleh menghafal 50-60 surah pada usia 4-5 tahun .........."

Bayangkan kalau anak selalu didengarkan dengan surah-surah pendek, pastinya dia boleh ingat surah-surah tersebut seperti mana dia boleh ingat nursery rhymes.

Ya betul....Khaira pun sudah hampir boleh ingat nursery rhymes, walaupun tak ingat semua tapi dia tahu macam mana nak mulakan lagu tersebut.

Ummi silap..sebab tak latih Khaira membaca surah2 pendek dalam Al-Quran. Bukan ummi tak dedahkan langsung..Abi pun selalu dengarkan ayat-ayat al-quran untuk Khaira. Setiap kali naik kereta pun, memang abi pasang CD ayat2 Al-Quran. Cuma kurang ada surah-surah pendek jadi Khaira susah nak ingat.

Ummi perlu ubah..mesti banyak2 dengarkan Khaira dengan surah-surah pendek. Harap2 Khaira berminat dan bila besar nanti ummi harap Khaira boleh jadi penghafaz Al-Quran.

No comments: