Monday, July 20, 2009

Detail scan

Hari yang di tunggu akhirnya tiba. Cuma ummi agak lewat masukkan entry ni kerana ada family datang ke rumah, jadi sibuk melayan tetamu. Ummi kena bagi layanan yang terbaik untuk tetamu kerana hukum melayan tetamu adalah wajib dan kita hendaklah melayan tetamu dengan sebaik mungkin.

Melayan tetamu dengan baik adalah penting di sisi agama. Kerana itu juga Nabi SAW kaitkan ia dengan Allah dan Akhirat.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, muliakan tetamu.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berbaiklah sesama jiran.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja.


Ummi mmg suka kalau ada tetamu datang rumah…ye lah, kat sini masing-masing hidup dengan kehidupan sendiri, jarang yang nak bertandang ke rumah kawan-kawan atau saudara mara. Sekali sekala tetamu datang, rasa seronok . Malah ummi sendiri pun rasa susah benar untuk melangkah pergi melawat saudara mara yang ada kat KL ni. Bukan apa..masa terlalu terhad untuk bersama Khaira dan Abi, hanya weekend saja yang ada untuk bersama-sama dan berjalan. Dan weekend tu jugaklah kena pergi beli barang dapur atau apa2 saja barang. Tambahan lagi, tak semua weekend ummi free..lagilah merumitkan ummi untuk melawat saudara mara.

Berbalik kepada cerita detail scan ummi.. setakat ni nampak tak ada sebarang structural abnormality, tapi limitations tetap ada sebab ummi buat detail scan at 34 weeks. Jadi, the feto-maternal specialist kata, dah susah nak tengok dengan betul-betul. By the way, dia akan repeat lagi scan untuk ummi in 2 weeks time. Just nak compare dengan result yang hari jumaat baru ni.

Ummi agak lega sedikit, tetapi ketakutan tu tetap ada. Ummi hanya mampu berserah dan berdoa..sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terkandung dalam rahim seorang ibu.

No comments: