Wednesday, October 8, 2008

Hari Raya 2008

Hari raya tahun ni kita raya kat rumah tok wan dulu then baru balik rumah tok ma. Seronok raya rumah tok wan coz ramai orang, abi has 10 siblings and he is the youngest.Bayangkan betapa ramainya cousin Khaira.Nanti ummi buat carta keluarga abi untuk Khaira so Khaira will know them better.

Well..raya this year banyak mengajar ummi erti kesabaran dan hubungan sesama manusia.Sebagai umat islam, kita tidak boleh ada sifat dendam dan hendaklah sentiasa bersangka baik.So, bawah topic ni ummi nak mengajar Khaira erti hubungan sesama manusia.

Wahai puteriku..Sekiranya suatu hari nanti ada orang berbuat tidak baik pada mu, janganlah kamu cepat melenting sebaliknya bersabar dan sentiasa bermanis muka dan bersikap baik.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa di hati kita.Sekiranya kamu merasa berdiam diri itu adalah lebih baik, maka berdiam dirilah kamu.Sekiranya tidak..maka carilah jalan penyelesaian untuk meleraikan kekusutan itu dengan cara yang baik.

Rasulullah s.a.w ada bersabda, bermaksud:
"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim"

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim. Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman.

Firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud:
"Orang yang terbaik antara mereka ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran.* (Hadis riwayat At-Thabrani).

Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah.

Maka wahai puteriku Khaira...hendaklah kamu menjaga perhubungan mu sesama manusia.

Ummi doakan semoga Khaira akan menjadi manusia yang disenangi ramai dan diberkati Allah s.w.t

No comments: