Monday, August 10, 2009

Ummi kalah dengan tangisan Khaira

Ummi pernah terdengar, kata orang jangan di layan sangat dengan tangisan anak-anak. Jangan tunjuk yang kita kalah pada tangisan mereka kerana sekiranya mereka tahu, mereka akan gunakan itu sebagai 'senjata' utama mereka.

Itulah yang terjadi pada ummi. Ummi failed...

Setiap kali ummi melihat Khaira menangis, ummi tak tahan kesian dengan Khaira. Ummi takut Khaira ada perasaan yang menyatakan ummi tak sayang Khaira. Ummi takut masa yang ada bersama Khaira ni tak digunakan sebetulnya sebab ummi nak Khaira rasa kasih sayang ummi pada Khaira setiap detik Khaira bersama ummi.

Kejadian petang ini..

Ummi marah Khaira sebab main dengan frame2 gambar yang baru ummi letak kat bilik Khaira. Ummi cakap tak boleh main, dan ummi suruh Khaira main dengan toys yang bertaburan kat bilik Khaira. Walhal, memang Khaira sedang asyik bermain dengan toys sebelum ummi masuk letak frame gambar tersebut.

Seperti biasa, tak boleh di larang sikit..Khaira akan menangis.

Kali ni ummi tekad, takkan tunjuk kalah pada Khaira lagi. Ummi keluar dari bilik Khaira dan biarkan Khaira menangis seorang diri.

Sangkaan ummi meleset, ingatkan Khaira akan berhenti menangis bila dia letih tapi nampaknya tak henti2 juga.

Lama Khaira menangis, ummi kuatkan hati, takkan pujuk Khaira lagi!

Sebentar kemudian nampak maid bergegas ke bilik Khaira. Ummi melarang.

Lama kelamaan ummi tak sanggup lagi mendengar tangisan Khaira. Ummi intai ke bilik Khaira. Berlinangan air mata di pipi..mata pun dah bengkak dan wajah Khaira sungguh menyedihkan. Tak lama kemudian Khaira perasan ummi sedang melihatnya.

Ummi masuk, ( Adakah ummi akan pujuk Khaira?) Ummi duduk jauh dengan Khaira.
Explain to her yang kenapa ummi tak bagi main frame tersebut.
Khaira terus menangis..
Kemudian ummi nyanyikan lagu barney ' I LOVE YOU'
Khaira still menangis..
Ummi mendekati Khaira.
Ummi hug Khaira.
Ummi nyanyikan lagi lagu I LOVE YOU barney pasal Khaira suka lagu ni.
Khaira balas pelukan ummi, kuat sekali...tangisan Khaira terhenti.
Lama ummi peluk Khaira..akhirnya Khaira tertidur dalam pelukan ummi.
Mungkin sebab letih menangis.

UMMI KALAH LAGI!!

Apa yang perlu ummi lakukan? Wajarkah ummi membiarkan perkara ni berterusan?





4 comments:

bas said...

ila, kau boleh cuba satu cara iaitu 'distraction'. tiap kali dia nangis kau distract dia dgn benda lain. aku rasa kaedah ignore tu utk budak besar sikit, yg ada capability to reason. khaira kecik lagi dia tak paham kot kau ignore dia, tu dia sedih.

kau bukan fail, kesian betul umi khaira ni (jgn blame diri sendiri), kau fail kalau kau bagi dia main frame tu, next time kau still mesti tegas kata no, kalau nangis distract dia tapi jgn biar dia

dia tak paham knp dia takleh main benda tu, lama2 bila dia dpt tangkap dia takkan usik frame tu lagi, mmg kena ulang byk kali

Ummuaisya said...

ye lah...tak terfikir pulak aku dengan kaedah distraction nih. Kenapalah teruk sgt aku ni.Kesian Khaira.
Sometime aku rasa mcm aku ni nak cuba buat yang terbaik tapi aku sendiri tak pandai. I'm not a good mother.. :-(

Just to share with you..
Hari ni aku terima email dr puan halimahton, dia dah balik malaysia, now duk kat area the curve/one utama. Dia nak buat kelas for parents bagaimana cara untuk mendidik anak2 dengan betul. Aku teruja sekejap, hopefully fee dia tak mahal sangat.

Mamaboyz said...

ila.. dont say you are not a good mother, masa aku dgn adam je dulu time dia still kecik pun aku selalu marah dia, and masa tu aku tak blogging lagi and aku tak jumpa sgt parenting tips ni, it's a new world to us, kita semua mesti sama2 belajar pikul amanah besar ni

aku pun dapat email dia, memang nampak interesting kan.. aku rasa kalau mahal pun berbaloi utk pegi sebab dia tulis kat website dia yg dia ajar sendiri, so kau dapat firsthand dari dia, lagipun ni kira investment utk anak2 kita,

aku dah warwarkan di blog aku

Nukilan ida said...

salam azila.. hi! baru terjumpa your blog..
seorang dah anak u?
keje kl kat maner??