Sunday, June 28, 2009

Satu titik permulaan

Proses pengajaran Khaira dah lama terhenti. Semua activity Khaira tidak diatur dengan sempurna. Segalanya bergantung pada maid.Kerana kemalasan ummi juga, blog sudah tidak di up date begitu lama.

Ummi perlu perbetulkan segala apa yang tidak betul. Kenapalah ummi tidak gunakan peluang semasa mengandung ini untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Tidakkah ummi tahu kelebihan wanita mengandung??

Hari ni, ummi sangat terharu..melihat satu lagi proses perkembangan Khaira. Khaira sudah pandai bercerita..walaupun cerita rekaannya jump from one topic to the other topic, tapi sekurang-kurangnya Khaira sudah pandai mencipta satu cerita dan diceritakan dengan penuh gaya. Sewaktu Khaira bercerita di hadapan ummi dan abi, ummi bayangkan Khaira seorang budak tadika yang sedang bercerita di atas pentas. Hati sayu gembira...Moga Allah panjangkan umur ummi untuk melihat Khaira membesar dengan sempurna.

Untuk puteri ummi,Khaira Aisya... ummi akan cuba buat yang terbaik terutamanya menjelang saat-saat kelahiran adik Khaira dan seterusnya.

Untuk Abi, terima kasih kerana sentiasa memahami ummi dan melayan karenah-karenah ummi. Ummi betul-betul hargai kesabaran abi dengan segala sikap ummi. Thank you Abi !

---------------------------- **----------------------------

1 comment:

NuE said...

Salam kak....kak ila leh je follow movie nur kasih yang lepas2 kat u tube...zah kadang tengok kat u tube je..akak type you tube..then search kat you tube tu nur kasih akan keluar semua episod yg lepas2....