Tuesday, November 3, 2009

First day at school



Disebabkan semangat ummi yang berkobar-kobar untuk sekolahkan Khaira..akhirnya pada 3/11/2009, Khaira mula bersekolah secara formal di Tadika Al-Hakmah. Ummi terpaksa lupakan Genius Al-Aulad, Bab Al-Kauthar, dan Children Islamic Centre....senarai tadika yang ummi teringin sangat nak hantar Khaira ke sana. Tapi semuanya berjauhan dengan rumah dan ummi tidak berpeluang untuk hantar dan ambil Khaira setiap hari.

First day at school, Khaira nampak takut-takut. Ummi teringin nak tunggu dan teman Khaira pada hari pertama tapi cikgu-cikgu kat sana yakinkan ummi yang Khaira akan okay. Dia orang tak galakkan parent tunggu, jadi ummi rasa ummi tak patut tunggu Khaira seolah-olah ummi tak percayakan mereka.

Ummi balik ke rumah after ummi snap satu gambar Khaira. Sampai di rumah, abi baru nak bertolak ke tempat kerja, tapi sempat abi bertanya pada ummi, " Khaira macam mana?"....Ummi cakap ummi rasa bersalah hantar Khaira ke sekolah. She's only 2 1/2 yrs old tapi dah kena masuk kelas 4 tahun. Ummi rasa diri ummi teruk..ummi rasa ummi meletakkan Khaira pada bukan golongan Khaira, bukan rakan sebaya Khaira. Apakah impact nya nanti? Air mata ummi terkeluar depan abi. Abi pun mempunyai pendapat yang sama. Abi cakap, kalau Khaira tak nak pergi sekolah pada hari-hari akan datang, tak perlu paksa.

Setiap minit rasa begitu lama..ummi tak sabar untuk ambil Khaira dekat school. Ummi asyik tengok jam saja. Ya Allah, permudahkanlah Khaira untuk sesuaikan diri dengan suasana persekolahan. Adakah semua ibu seperti ummi? Rasa sangat berdebar-debar pada hari pertama persekolahan anaknya..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------






Khaira di hari pendaftaran, 2/11/2009.
Ummi tinggalkan Khaira dalam 1/2 H untuk biasakan Khaira dengan kawan-kawan baru sebelum betul-betul memulakan persekolahan pada 3/11/2009.



Wednesday, October 28, 2009

Terengganu vs Kuala Lumpur

Berat untuk ummi dan abi buat keputusan.
Keputusan untuk balik ke Terengganu atau terus stay kat Kuala Lumpur.

Semuanya datang dengan tiba-tiba..di saat ummi sibuk untuk apply program master..di saat itu jugalah abi dapat offer kerja kat Terengganu as a residence engineer, satu pengalaman baru untuk abi.

Sebelum ni ummi dan abi dah merancang..sekiranya ummi dapat join master programme next year, bila ummi kena pindah ke HKL tahun kedua, kita sekeluarga akan berpindah ke PV6 kat Taman Melati. Dan kita akan stay kat sana sehingga ummi habis belajar. Jadi kita sekeluarga takkan berpisah.Ummi pun rasa seronok sebab dapat duduk rumah sendiri.

Tapi semuanya hanya rancangan, Allah yang menentukan perjalanan hidup seseorang.
Bila abi dapat offer kerja kat Terengganu, abi cukup gembira..tetapi tidak untuk ummi.
Ummi dah selesa kerja kat Hospital Selayang, ummi dah selesa tinggal di kuarters hospital..dan yang paling ummi suka, ummi tak perlu bawa kereta untuk pergi kerja..hanya jalan kaki sahaja.

Hati ummi lagi berat bila dengar anaesthesia department kat HSNZ dua tiga kali ganda lagi sibuk dari Hospital Selayang. Apatah lagi ummi akan bekerja satu department dengan kakak ipar sendiri. Malunya ummi bila ummi ada buat kesilapan...ye lah, sebagai manusia biasa kita takkan terlepas dari melakukan kesilapan.

Arrgh..kenapa ummi terlalu mementingkan diri sendiri??

Tahun 2006..sewaktu ummi berpindah ke Hospital Selayang dari HSNZ, ummi cukup derita. Ummi terpaksa buat apa yang ummi tak suka buat ( dulu ummi tak minat dengan anaesthesia). Setiap hari ummi menangis kerana stress dengan kerja. Ummi teruskan hari-hari ummi dengan perasaan tertekan sehinggalah akhirnya ummi dapat sesuaikan diri dengan anaesthesia.

Abi pernah berkata pada ummi, sebenarnya abi pun dah rasa selesa tinggal di sini. Tapi tok wan dah tua..dah di hujung usia..jika terjadi apa-apa, menyesal tak sudah nanti.Tapi abi kata apa-apa pun terpulang pada ummi.

Beratnya untuk ummi buat keputusan.Takkan ummi nak pentingkan keselesaan ummi di sini? Akhirnya ummi putuskan kita akan balik ke Terengganu.Sekiranya ummi lakukan sesuatu kerana suami, dan suami pula melakukan sesuatu kerana ibunya..insyaAllah kehidupan diberkati.Jika ummi putuskan untuk terus tinggal di KL, dan terjadi sesuatu pada tok wan atau parents ummi sendiri, pasti ummi akan menyesal nanti.

Ummi berharap suatu hari nanti anak2 ummi pun akan ingat pada ummi dan abi. Abi kata kehidupan kita ni timbal balik. Sekiranya kita melakukan kebaikan pada kedua ibu bapa kita, insyaAllah anak-anak kita pun akan melakukan kebaikan untuk kita.

Wednesday, October 14, 2009

Inikah ujian? ( Part 1 )

Ummi penat !!!

Ummi penat dengan sikap Khaira yang asyik nak pukul adik.

Ummi penat pasal ummi tak boleh letak adik kat luar, kena sentiasa letak kat dalam bilik.Jadi ummi pun terpaksa banyak spend masa kat dalam bilik.

Ummi penat, setiap kali ummi bawak adik keluar dari bilik, Khaira akan cari peluang untuk pukul adik.

Ummi penat untuk nasihatkan Khaira..seolah2 hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Akhirnya Khaira jadi mangsa pukul ummi.

Kenapa ummi tak boleh jaga adik dengan aman? Inikah ujian buat ummi?

Kenapa Khaira jadi macam ni? Adakah silap ummi yang mendidik?
Ummi cuba tak pukul Khaira tapi kekadang kemarahan ummi memuncak bila Khaira pukul kepala adik dengan kuat sekali. Memang kebiasaanya kepala adik yang menjadi sasaran.

Ummi selalu bagi chance kat Khaira, bagi peluang Khaira untuk sentuh adik, kiss adik..supaya timbul rasa sayang pada adik, tapi setiap kali diberi peluang, pasti berakhir dengan satu atau dua pukulan untuk adik.

Kesian adik...

Kesian jugak kat Khaira yang kena pukul. Kekadang ummi pujuk diri sendiri..Khaira mungkin tak mengerti apa-apa, mungkin dia cemburu.

Tapi kenapa kawan-kawan ummi tak ada masalah macam ummi? Ok je bila budak seusia Khaira dapat adik.Kenapa Khaira jadi macam ni?

Bilakah situasi ni akan berakhir?
Macam mana ummi nak kembali bekerja nanti?

Ummi pasti, our maid takkan boleh untuk menjaga Khaira dan adik seorang diri.

Ummi dah berfikir-fikir macam mana nak mengatasi masalah ni..

Plan A - Ummi terpaksa hire seorang lagi maid untuk menjaga adik. Tapi just untuk sementara waktu...sementara menunggu Khaira okay dengan adik. Terpaksalah ummi dan abi berhabis duit sikit. (Dah ada seseorang yang sanggup nak datang jaga adik, babysitter Khaira yang dulu.)

Plan B - Hantar Khaira ke sekolah.

Mungkin ummi akan hantar Khaira ke sekolah dulu. If Khaira okay, mungkin ummi ambik plan B.

Apa-apa pun akan diputuskan kemudian after discuss dengan abi.