Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Perpisahan

Ummi post kan entry ni selepas dua jam abi bertolak.

Tidak pernah terbayang di fikiran ummi perpisahan ini akan berlaku. Ummi akur dengan ketentuan Nya.Moga Allah selamatkan abi sepanjang perjalanan pulang.

Perpisahan ini cukup mengajar ummi erti ' MENGHARGAI'. Moga abi berfikiran sama seperti ummi,
iaitu menghargai benda yang ada di depan mata. Begitulah lumrah manusia, apabila hilang sesuatu benda atau seseorang barulah mereka terasa betapa berharganya benda atau seseorang tersebut di dalam kehidupan mereka.

Khaira masih tidak mengerti apa-apa. Dia tidak faham yang abi sudah berpindah ke terengganu dan tidak akan bersama dengannya lagi seperti dahulu. Syukurlah anak ummi tidak mengerti, cukuplah ummi seorang yang bersedih sebab ummi tak sanggup nak tengok anak-anak ummi  bersedih seperti ummi.

Ummi faham abi sangat sedih dan ummi tahu abi  sedang berlawan dengan perasaan. Hati mana yang tak sedih nak meninggalkan anak-anak yang sedang membesar. Meninggalkan tempat kerja yang dah sebati dalam diri. Abi akan menempuh suatu alam baru..alam yang banyak perbezaannya. Boleh ummi katakan di sini, abi yang lebih berat menanggung perasaan sedih berbanding ummi. Moga Allah kuatkan hati abi hadapi segala-galanya. Ummi yakin, ada sinar di hadapan yang menunggu.

Ummi  pula...tak dapat ummi gambarkan dengan perkataan perasaan hati ummi. Moga sebak di dada ini akan hilang dengan berlalunya masa. Yang ummi tahu..ummi kehilangan seorang suami di sisi, seorang kawan rapat yang sentiasa menolong ummi walau sekecil dan sebesar mana pun pertolongan itu, seorang teman ketika ummi keluar, seorang rakan bicara, seorang pendengar setia dan seorang teman bergurau.
Tak dapat lagi ummi katakan di sini kerana terlalu banyak ummi bergantung pada abi. Abi pelengkap ummi.

Seperti kata abi, jadikan perpisahan ini sebagai satu tempoh masa untuk kita muhasabahkan diri masing-masing dan yang paling penting dekatkan diri padaNya di setiap masa yang terluang supaya apabila kita sekeluarga kembali bersama kita akan lebih saling menghargai dan membentuk satu keluarga yang lebih sempurna terutamanya di sisi agama islam.

Kerana pada hakikat yang sebenar, ummi dan abi sudah banyak lalai.... masih berjemaah tetapi kurang, masih mengaji tapi tidak di depan abi lagi...seperti mana dahulu, abi akan awasi ummi mengaji agar mana2 hukum tajwid yang ummi silap, abi betulkan..., tazkirah antara ummi dan abi.....juga sudah lama tertinggal.

Kenapa ummi dan abi tidak terfikir untuk mengumpul harta sebagai bekalan di akhirat? Penting sangatkah dunia sehinggakan terlalu banyak urusan dunia dilakukan berbanding urusan akhirat?Jauhkanlah ummi dari cintakan dunia..nauzubillah..

Dan oleh kerana itu...ummi tidak boleh sedih2 lagi..ummi mesti kuat!
Wahai ummi....bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu ummi kuat dalam menghadapi ujian ini jadi Allah berikan ujian ini untuk ummi. 




Untuk Abi...

".........ada kemanisan di sebalik kesabaran dan ada hikmah di sebalik segala dugaan... "



Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 






( ummi cuba untuk download videoclip yg lebih menarik untuk lagu ni tapi failed, terpaksa download yang ni.)


MELAWAN KESEPIAN


Apapun yg terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun kini
Pengajaran yg bererti


Semoga kepergianmu
Tak akan mengubah apa pun
Semoga mampu ku lewat..kesepian ku


Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pengajaran yg bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan mengubah apa pun
Semoga mampu ku lewat..kesepian  ku



Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lewat
Kesepianku........


Semoga kepergianmu
Tak akan..
Semoga mampu ku lewat..kesepianku


Apa pun yang terjadi 
Berjalanlah tanpa henti...











Wednesday, October 28, 2009

Terengganu vs Kuala Lumpur

Berat untuk ummi dan abi buat keputusan.
Keputusan untuk balik ke Terengganu atau terus stay kat Kuala Lumpur.

Semuanya datang dengan tiba-tiba..di saat ummi sibuk untuk apply program master..di saat itu jugalah abi dapat offer kerja kat Terengganu as a residence engineer, satu pengalaman baru untuk abi.

Sebelum ni ummi dan abi dah merancang..sekiranya ummi dapat join master programme next year, bila ummi kena pindah ke HKL tahun kedua, kita sekeluarga akan berpindah ke PV6 kat Taman Melati. Dan kita akan stay kat sana sehingga ummi habis belajar. Jadi kita sekeluarga takkan berpisah.Ummi pun rasa seronok sebab dapat duduk rumah sendiri.

Tapi semuanya hanya rancangan, Allah yang menentukan perjalanan hidup seseorang.
Bila abi dapat offer kerja kat Terengganu, abi cukup gembira..tetapi tidak untuk ummi.
Ummi dah selesa kerja kat Hospital Selayang, ummi dah selesa tinggal di kuarters hospital..dan yang paling ummi suka, ummi tak perlu bawa kereta untuk pergi kerja..hanya jalan kaki sahaja.

Hati ummi lagi berat bila dengar anaesthesia department kat HSNZ dua tiga kali ganda lagi sibuk dari Hospital Selayang. Apatah lagi ummi akan bekerja satu department dengan kakak ipar sendiri. Malunya ummi bila ummi ada buat kesilapan...ye lah, sebagai manusia biasa kita takkan terlepas dari melakukan kesilapan.

Arrgh..kenapa ummi terlalu mementingkan diri sendiri??

Tahun 2006..sewaktu ummi berpindah ke Hospital Selayang dari HSNZ, ummi cukup derita. Ummi terpaksa buat apa yang ummi tak suka buat ( dulu ummi tak minat dengan anaesthesia). Setiap hari ummi menangis kerana stress dengan kerja. Ummi teruskan hari-hari ummi dengan perasaan tertekan sehinggalah akhirnya ummi dapat sesuaikan diri dengan anaesthesia.

Abi pernah berkata pada ummi, sebenarnya abi pun dah rasa selesa tinggal di sini. Tapi tok wan dah tua..dah di hujung usia..jika terjadi apa-apa, menyesal tak sudah nanti.Tapi abi kata apa-apa pun terpulang pada ummi.

Beratnya untuk ummi buat keputusan.Takkan ummi nak pentingkan keselesaan ummi di sini? Akhirnya ummi putuskan kita akan balik ke Terengganu.Sekiranya ummi lakukan sesuatu kerana suami, dan suami pula melakukan sesuatu kerana ibunya..insyaAllah kehidupan diberkati.Jika ummi putuskan untuk terus tinggal di KL, dan terjadi sesuatu pada tok wan atau parents ummi sendiri, pasti ummi akan menyesal nanti.

Ummi berharap suatu hari nanti anak2 ummi pun akan ingat pada ummi dan abi. Abi kata kehidupan kita ni timbal balik. Sekiranya kita melakukan kebaikan pada kedua ibu bapa kita, insyaAllah anak-anak kita pun akan melakukan kebaikan untuk kita.

Wednesday, October 14, 2009

Inikah ujian? ( Part 1 )

Ummi penat !!!

Ummi penat dengan sikap Khaira yang asyik nak pukul adik.

Ummi penat pasal ummi tak boleh letak adik kat luar, kena sentiasa letak kat dalam bilik.Jadi ummi pun terpaksa banyak spend masa kat dalam bilik.

Ummi penat, setiap kali ummi bawak adik keluar dari bilik, Khaira akan cari peluang untuk pukul adik.

Ummi penat untuk nasihatkan Khaira..seolah2 hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Akhirnya Khaira jadi mangsa pukul ummi.

Kenapa ummi tak boleh jaga adik dengan aman? Inikah ujian buat ummi?

Kenapa Khaira jadi macam ni? Adakah silap ummi yang mendidik?
Ummi cuba tak pukul Khaira tapi kekadang kemarahan ummi memuncak bila Khaira pukul kepala adik dengan kuat sekali. Memang kebiasaanya kepala adik yang menjadi sasaran.

Ummi selalu bagi chance kat Khaira, bagi peluang Khaira untuk sentuh adik, kiss adik..supaya timbul rasa sayang pada adik, tapi setiap kali diberi peluang, pasti berakhir dengan satu atau dua pukulan untuk adik.

Kesian adik...

Kesian jugak kat Khaira yang kena pukul. Kekadang ummi pujuk diri sendiri..Khaira mungkin tak mengerti apa-apa, mungkin dia cemburu.

Tapi kenapa kawan-kawan ummi tak ada masalah macam ummi? Ok je bila budak seusia Khaira dapat adik.Kenapa Khaira jadi macam ni?

Bilakah situasi ni akan berakhir?
Macam mana ummi nak kembali bekerja nanti?

Ummi pasti, our maid takkan boleh untuk menjaga Khaira dan adik seorang diri.

Ummi dah berfikir-fikir macam mana nak mengatasi masalah ni..

Plan A - Ummi terpaksa hire seorang lagi maid untuk menjaga adik. Tapi just untuk sementara waktu...sementara menunggu Khaira okay dengan adik. Terpaksalah ummi dan abi berhabis duit sikit. (Dah ada seseorang yang sanggup nak datang jaga adik, babysitter Khaira yang dulu.)

Plan B - Hantar Khaira ke sekolah.

Mungkin ummi akan hantar Khaira ke sekolah dulu. If Khaira okay, mungkin ummi ambik plan B.

Apa-apa pun akan diputuskan kemudian after discuss dengan abi.



Monday, July 20, 2009

Detail scan

Hari yang di tunggu akhirnya tiba. Cuma ummi agak lewat masukkan entry ni kerana ada family datang ke rumah, jadi sibuk melayan tetamu. Ummi kena bagi layanan yang terbaik untuk tetamu kerana hukum melayan tetamu adalah wajib dan kita hendaklah melayan tetamu dengan sebaik mungkin.

Melayan tetamu dengan baik adalah penting di sisi agama. Kerana itu juga Nabi SAW kaitkan ia dengan Allah dan Akhirat.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, muliakan tetamu.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berbaiklah sesama jiran.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja.


Ummi mmg suka kalau ada tetamu datang rumah…ye lah, kat sini masing-masing hidup dengan kehidupan sendiri, jarang yang nak bertandang ke rumah kawan-kawan atau saudara mara. Sekali sekala tetamu datang, rasa seronok . Malah ummi sendiri pun rasa susah benar untuk melangkah pergi melawat saudara mara yang ada kat KL ni. Bukan apa..masa terlalu terhad untuk bersama Khaira dan Abi, hanya weekend saja yang ada untuk bersama-sama dan berjalan. Dan weekend tu jugaklah kena pergi beli barang dapur atau apa2 saja barang. Tambahan lagi, tak semua weekend ummi free..lagilah merumitkan ummi untuk melawat saudara mara.

Berbalik kepada cerita detail scan ummi.. setakat ni nampak tak ada sebarang structural abnormality, tapi limitations tetap ada sebab ummi buat detail scan at 34 weeks. Jadi, the feto-maternal specialist kata, dah susah nak tengok dengan betul-betul. By the way, dia akan repeat lagi scan untuk ummi in 2 weeks time. Just nak compare dengan result yang hari jumaat baru ni.

Ummi agak lega sedikit, tetapi ketakutan tu tetap ada. Ummi hanya mampu berserah dan berdoa..sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terkandung dalam rahim seorang ibu.

Tuesday, July 7, 2009

My scared in pregnancy

Selepas antenatal check up hari ni, fikiran ummi agak terganggu. The ultrasound result showed ummi has polyhydramnios ( AFI 29), or in lay man term air ketuban banyak.

Rasanya pregnancy kali ni betul-betul merisaukan ummi.
In early pregnancy, ummi had low lying placenta. Time tu dok risau takut placenta ummi tak naik2 sebab if possible ummi tak nak lagi undergo caesarian section. But now placenta ummi di 'consider as' placenta praevia type I-II. The specialist said she will allow me for normal delivery but low threshold for caesar.

Next, ummi was found to have soft murmur..( maknanya ada added sounds pada jantung). Proceed with ECHO ( detail scan for heart) , noted ada trivial TR, mild PR and MR. I was referred to medical, but everything goes fine. Maybe normal physiological during pregnancy. I wish to repeat the ECHO again after this pregnancy. Mana tau kot2 memang betul ummi ada murmur pasal dulu ummi selalu dapat syncopal attack.

Then, ummi have to do MOGTT ( ujian untuk check kandungan glucose dalam darah in pregnancy women) sebab from urine dipstick glucose 4+. Tapi ummi rasa mungkin sebab time tu ummi baru lepas breakfast. Anyhow, to be in the safe side, better ummi buat. Tambahan lagi Khaira dulu besar, birth weight 3.85kg. One of the causes for big baby is gestational diabetes mellitus. Dulu dah dapat order ummi kena buat MOGTT post natal, tapi ummi defaulted. Syukur alhamdulillah result normal.

Today, the other problem yang timbul. ..POLYHDRAMNIOS.
They will proceed with detail scan this friday or next friday because this scan need to be done by feto-maternal specialist.

Ummi takut...sungguh..ummi betul2 takut.
Ummi hanya mampu berdoa.
Ya Allah, kurniakanlah aku anak yang sihat sempurna. Ya Allah..berkatilah anak di dalam kandungan ku ini...

" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan ) yang diusahakannya dan mendapat siksa ( dari kejahatan ) yang dikerjakannya. Ya Tuhan Kami, janganlah engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglahkami terhadap kaum kafir"
- surah Al-Baqarah ; 284-286

------------------------**---------------------

A bit about polyhydramnios.....

Polyhydramnios may result from failure of the fetus to swallow and absorb amniotic fluid in normal amounts. This may occur as a result of gastrointestinal disorders, neurological problems, or a variety of other causes.

Polyhydramnios occurs in 3 to 4% of all pregnancies and 65% of Polyhydramnios cases are unkown.

What causes polyhydramnios?

As mentioned above, 65% cases are idiopathic.

Diabetes or gestational diabetes may be a maternal cause of this condition, or the cause may lie with the fetus. The following conditions may be a result of the fetus:

  • twin to twin transfusion syndrome
  • heart defects / failure
  • cleft lip
  • cleft palate
  • Neural tube defects
  • esophageal atresia (incomplete development of the esophagus)
  • tracheoesophageal fistulas (aberrant connections, sometimes ending in ‘blind pouches’, between the trachea and the esophagus)
  • duodenal atresia
  • chromosomal abnormalities
  • small bowel atresias and obstructions

to be continued...until next friday ( after my detail scan...)


Sunday, June 28, 2009

Satu titik permulaan

Proses pengajaran Khaira dah lama terhenti. Semua activity Khaira tidak diatur dengan sempurna. Segalanya bergantung pada maid.Kerana kemalasan ummi juga, blog sudah tidak di up date begitu lama.

Ummi perlu perbetulkan segala apa yang tidak betul. Kenapalah ummi tidak gunakan peluang semasa mengandung ini untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Tidakkah ummi tahu kelebihan wanita mengandung??

Hari ni, ummi sangat terharu..melihat satu lagi proses perkembangan Khaira. Khaira sudah pandai bercerita..walaupun cerita rekaannya jump from one topic to the other topic, tapi sekurang-kurangnya Khaira sudah pandai mencipta satu cerita dan diceritakan dengan penuh gaya. Sewaktu Khaira bercerita di hadapan ummi dan abi, ummi bayangkan Khaira seorang budak tadika yang sedang bercerita di atas pentas. Hati sayu gembira...Moga Allah panjangkan umur ummi untuk melihat Khaira membesar dengan sempurna.

Untuk puteri ummi,Khaira Aisya... ummi akan cuba buat yang terbaik terutamanya menjelang saat-saat kelahiran adik Khaira dan seterusnya.

Untuk Abi, terima kasih kerana sentiasa memahami ummi dan melayan karenah-karenah ummi. Ummi betul-betul hargai kesabaran abi dengan segala sikap ummi. Thank you Abi !

---------------------------- **----------------------------

Wednesday, September 3, 2008

Our fate

On call again !! kesian khaira..ummi selalu tinggalkan khaira overnight. That’s why ummi doesn’t mind if u want to breast feed until now..eventhough you are already 1 year ++ , dah ada gigi.. selalu bite my nipple and it’s really tired to breastfeed you but i enjoyed it.Bagi ummi, itu adalah golden time for us and we always fell asleep together... :-)

Hari ni dah 3rd ramadhan but ummi still unable to perform tarawikh prayer..i felt a bit difference...before this we have a maid to look after you and i’ll go to surau for tarawikh..but now ummi have to look after you and abi will go to surau alone. Ummi kena ingat..........menjaga anak juga dianggap beribadah..

Khaira..ummi have to made decision to further my study but i'm really don’t know what to do..sometime i feel like i’m enjoying doing anaesthesia but sometime not..It’s ‘not’ because i have to do call and i can’t meet you for 24H. Bagi ummi, ummi perlu tgk anak ummi walau dalam sehari pun..rasa macam khaira terabai sgt bila tak dapat jumpa khaira within 24H.

But abi is really doing a good job....he manage to take care of you..thanks to Allah..giving khaira a good father. Sebelum ni, walaupun ada maid, Khaira tak pernah tidur bersama maid even waktu ummi on call. Itu polisi ummi dan abi. Seharian ummi dan abi tinggalkan Khaira dengan maid, rasa guilty sangat bila waktu malam nak biarkan Khaira tidur bersama maid.

For the whole ramadhan..i’ll try my best, to do a lot of ibadah..dan berdoa untuk keluarga..untk anak..Tuan Khaira Aisya..

I hope my lovely daughter will be a good muslimah, anak yang solehah..semoga Allah pelihara khaira dari segala kejahatan manusia dan ummi doakan khaira jadi anak yang pandai dan bahagia dunia akhirat.