Monday, October 5, 2009

Welcome to our family


Syukur Alhamdulillah,akhirnya ummi selamat melahirkan Aisy Afrina pada hari merdeka, 31st Ogos 2009.

Pengalaman yang cukup indah untuk ummi gambarkan walaupun penuh dengan kesakitan.Segala doa ummi termakbul. Ummi dapat melahirkan aisy secara normal tanpa epidural dengan kehadiran abi di sisi. Labour progress pun sangat cepat.Syukur..syukur..syukur..

Kronologi sewaktu kelahiran Aisy Afrina:

29/8/09 - Ummi decided untuk pergi ke hospital for induction of labour because hari ni dah post date 8 days dan ummi masih belum terasa sakit untuk bersalin.Ummi pergi sebab ummi nak abi ada time ummi melahirkan anak. Kebetulan time ni weekend dan abi balik ke terengganu. Ummi masuk hospital dah almost pukul 11 malam.

30/8/09 - After ward round, doktor yang in charge scan ummi. Estimated fetal weight was 3.7-3.8 kg. Cervix opening dah 3 cm tapi ummi masih belum sakit. She asked me to decide either ummi opted for LSCS or SVD ( normal delivery). Ummi agak risau dengan berat baby macam tu because last time Khaira( 3.85 kg) pun tak lepas. But ummi still decide for SVD walaupun hati sgt runsing.

Petang - Sister abi ( Teh) datang jumpa ummi. She is an anaesthetist. She asked me..how??
Ummi cakap ummi nak SVD. Katanya daripada ambil risiko better LSCS. Daripada pergi emergency LSCS, better elective as we are prepared.Ummi discuss about risk and benefit, akhirnya ummi decided for LSCS. Lagipun ahli keluarga ummi pun cakap perut ummi terlalu besar dan macam tak boleh keluar ikut normal. Ummi decided nak caesar pada 1/9/09 . Kalau jadi apa-apa senang coz time tu ramai orang ( time office hour).

Teh mintak dengan specialist on call untuk bawak balik ummi ke rumahnya. Sebab keesokan tu 31/8, sementara nak tunggu 1/9/09..so ummi tak lah boring sangat kat hospital.

31/8/09 :

Malam : Ummi sembahyang hajat dan berdoa, moga Allah tentukan yang terbaik untuk ummi dan jauhkan ummi dari segala bahaya sewaktu melahirkan anak nanti.

5.00 am - ummi terasa mild contraction. Ummi just ignore because sebelum ni pun ummi dah banyak rasa contraction macam ni tapi tak progress jugak.Sewaktu sahur, contraction makin kerap. Ummi rasa ini mmg betul dah in labour.

6.00 am - Abi bersiap untuk ke masjid. Ummi cakap balik cepat sikit, tak payah tunggu ceramah habis sebab ummi rasa dah sampai masa.

7.00 am ++ - Abi hantar ummi ke hospital. Ummi tanya staff nurse, who's the doctor on call today sebab ummi nak request caesar. Staff nurse tu cakap kat ummi.."cuba SVD lah doktor..."( she never know my problem..)

8.20 am - VE done. Os dah terbukak 6 cm. After VE ummi pergi ke toilet. Sewaktu kat toilet, ummi dapat SROM ( spontanous rupture of membrane), tapi tak banyak sangat air yang keluar. Ummi cepat2 keluar dari toilet dan ke katil. Tiba-tiba...zzuppp..keluar air ketuban dengan banyaknya..Ummi takut sebab ummi ada polyhydramnios. Ummi tekan button kat katil tapi tak function. Ya Allah...macam mana ni? Ummi menangis, sebab ummi kat dalam bilik dan tak siapa boleh dengar.Akhirnya ummi mintak tolong patient lain panggilkan staff nurse untuk ummi. Terus ummi di hantar ke labour room.

8.40 am - Di labour room, VE done again. Os dah terbukak 8 cm. Anaesthetist dah prepare untuk bagi epidural sebelum VE dibuat. Doktor bahagian O & G cakap tak payah epidural ..takut nak meneran time tengah bagi epidural.Ummi mention kat consultant yang buat round yang ummi takut complication of big baby tapi he asked me to try SVD first. The experienced MO also convinced me. Ya Allah..jauhlah aku dari sebarang bahaya dan bagilah kekuatan untuk hadapi kesakitan ini.
Walaupun diberi entonox tapi ia tidak betul-betul menghilangkan kesakitan, hanya membuat ummi sedated in between contraction.

9.55 am - Alhamdulillah..Aisy selamat dilahirkan dengan berat 3.46 kg :-) Mungkin perut ummi besar sangat disebabkan polyhydramnio.

Welcome to our family Aisy....
Moga Allah panjangkan umur ummi untuk menjaga dan mendidik anak2 ummi dengan sempurna.



Monday, August 10, 2009

Ummi kalah dengan tangisan Khaira

Ummi pernah terdengar, kata orang jangan di layan sangat dengan tangisan anak-anak. Jangan tunjuk yang kita kalah pada tangisan mereka kerana sekiranya mereka tahu, mereka akan gunakan itu sebagai 'senjata' utama mereka.

Itulah yang terjadi pada ummi. Ummi failed...

Setiap kali ummi melihat Khaira menangis, ummi tak tahan kesian dengan Khaira. Ummi takut Khaira ada perasaan yang menyatakan ummi tak sayang Khaira. Ummi takut masa yang ada bersama Khaira ni tak digunakan sebetulnya sebab ummi nak Khaira rasa kasih sayang ummi pada Khaira setiap detik Khaira bersama ummi.

Kejadian petang ini..

Ummi marah Khaira sebab main dengan frame2 gambar yang baru ummi letak kat bilik Khaira. Ummi cakap tak boleh main, dan ummi suruh Khaira main dengan toys yang bertaburan kat bilik Khaira. Walhal, memang Khaira sedang asyik bermain dengan toys sebelum ummi masuk letak frame gambar tersebut.

Seperti biasa, tak boleh di larang sikit..Khaira akan menangis.

Kali ni ummi tekad, takkan tunjuk kalah pada Khaira lagi. Ummi keluar dari bilik Khaira dan biarkan Khaira menangis seorang diri.

Sangkaan ummi meleset, ingatkan Khaira akan berhenti menangis bila dia letih tapi nampaknya tak henti2 juga.

Lama Khaira menangis, ummi kuatkan hati, takkan pujuk Khaira lagi!

Sebentar kemudian nampak maid bergegas ke bilik Khaira. Ummi melarang.

Lama kelamaan ummi tak sanggup lagi mendengar tangisan Khaira. Ummi intai ke bilik Khaira. Berlinangan air mata di pipi..mata pun dah bengkak dan wajah Khaira sungguh menyedihkan. Tak lama kemudian Khaira perasan ummi sedang melihatnya.

Ummi masuk, ( Adakah ummi akan pujuk Khaira?) Ummi duduk jauh dengan Khaira.
Explain to her yang kenapa ummi tak bagi main frame tersebut.
Khaira terus menangis..
Kemudian ummi nyanyikan lagu barney ' I LOVE YOU'
Khaira still menangis..
Ummi mendekati Khaira.
Ummi hug Khaira.
Ummi nyanyikan lagi lagu I LOVE YOU barney pasal Khaira suka lagu ni.
Khaira balas pelukan ummi, kuat sekali...tangisan Khaira terhenti.
Lama ummi peluk Khaira..akhirnya Khaira tertidur dalam pelukan ummi.
Mungkin sebab letih menangis.

UMMI KALAH LAGI!!

Apa yang perlu ummi lakukan? Wajarkah ummi membiarkan perkara ni berterusan?





Saturday, August 8, 2009

Toilet training

Weekend kali ni percubaan kali ke-3 for toilet training.

Awal-awal pagi lagi ummi cakap dengan maid yang hari ni tak perlu pakaikan diaper untuk Khaira.
Tapi bila kakak hanya pakaikan panty kat Khaira without diaper, Khaira dah merengek asking for pampers.
Ummi try to explain kat Khaira..

Ummi: Khaira tak perlu pakai pampers hari ni. If u want to pee, you go to the toilet, okay..?
Khaira : nak pampers..... (dalam nada merengek)
Ummi : tak boleh..ummi tak nak Khaira pakai pampers hari ni. Okay..if u want to pee, you pee in the potty..

Khaira seakan menerima arahan ummi.

Bila Khaira duduk kat kerusi kat luar, dia merengek lagi mintak pampers. Ummi mintak kakak letakkan potty outside the toilet. Bila Khaira nampak potty tu, dia cakap nak pee..
Khaira bukak panty and skirt, and sit on the potty. Tapi tak pee pun.

Then, Khaira datang dekat ummi..bawak sekali dgn potty..duduk kat ummi but she's still on the potty..

At last, dia bangun ambik pant diaper and pakai sendiri...ummi give up..

next time pulak lah try..