Tuesday, April 7, 2009

Thursday, April 2, 2009

Ujian Allah

Apa yang ummi ingin ceritakan di sini adalah apa yang berlaku di hadapan ummi sendiri. Harap dapat dijadikan iktibar untuk kita semua terutamanya diri ummi sendiri.

Seperti biasa setiap kali tibanya waktu ummi incharge di intensive care unit (ICU), masa ummi agak kurang sedikit dengan Khaira. Ummi akan balik lambat sedikit berbanding ketika ummi incharge di dewan bedah.

Di ICU, walaupun stressful dan penat tapi ummi enjoy because ummi akan jumpa macam-macam ragam doctors, patient dan pelbagai jenis penyakit. I have to deal with all of them..

Cerita yang ummi nak bgtau kat sini adalah salah satu kisah yang betul-betul mencuit hati ummi.
Kisahnya adalah mengenai seorang budak perempuan yang berumur 11 tahun yang telah dimasukkan ke ICU kerana masalah pernafasan. Sebelum itu, she was diagnosed to have transverse myelitis. She is previously well, never been admitted but suddenly fell sick. Ummi baca further history about her....rupa-rupanya she is the only child in the family and a top student in the school. Ya Allah..ummi tak dapat bayangkan macam mana perasaan ibu dan ayahnya apabila satu-satunya anak mereka jatuh sakit.

Penyakitnya agak teruk..banyak hari jugak dia bergantung pada bantuan mesin pernafasan. She is sometime alert and can write simple word. contoh yang pernah ummi baca, dia pernah tulis..sakit..penat..lapar.. dan satu lagi ummi agak tersentuh apabila dia tulis "saya mahu cepat sihat, saya tak nak ummi dan ayah risau"
setiap kali baca tulisannya ummi rasa kasihan sangat.Ummi dapat rasakan she is a good girl. Dia fikir perasaan orang tuanya dan tak nak ummi dan ayahnya risau kerana dia.Finally we manage to wean her off from ventilator.

Hari terakhir ummi di ICU, sewaktu membuat round petang, she complained that she had difficulty in breathing and she refused to wear a BIPAP mask ( non invasive ventilatory support). Waktu tu jugak ummi ternampak kertas yang dia tulis....kali ni betul-betul membuatkan ummi tersentuh

" Bismillahirahmanirahim ( di tulis dalam bahasa jawi)
Ya Allah.Kuatkanlah semangatku
Tabahkanlah hatiku..
Pulihkanlah aku seperti sedia kala..
Ya Allah, perkenankanlah doaku..."
Hati ummi amat tersentuh. Di tangannya terdapat sebuah buku bertajuk mukjizat Nabi.
Ummi terasa air mata ummi seakan ingin mengalir apabila dia mengadu susah untuk bernafas sambil air matanya berjurai keluar. But I have to be professional.
Dalam hati, ummi memuji ummi dan ayahnya yang mendidiknya menjadi seorang anak yang solehah.
Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dan kembali seperti sedia kala.Amin..

Monday, March 30, 2009

Pembelajaran menerusi CD

Suatu hari, kawan sekerja ummi bercerita mengenai anak perempuannya yang berumur 2 tahun lebih terlalu minat menonton CD. Kebanyakan masa yang dihabiskan bersama maid di rumah adalah menonton CD ( eg barney, dora etc). Kawan ummi cakap banyak perkara-perkara baru yang anak dia belajar menerusi CD and she is really saitisfied dengan apa yang anaknya dah belajar.

It comes to my mind to introduce Khaira dengan CD. April last year, ummi pernah belikan 1 set CD for Khaira, My Little Star, tapi CD tu rupanya tak menarik. Bila ummi pasang kat Khaira, Khaira nampak tak ada interest langsung dengan CD tu.Dia punya nursery rhymes quite okay, so ummi cuma pasang nursery rhymes tu untuk Khaira. Waktu tu Ummi fikir mungkin Khaira masih kecil, kalau tak salah ummi Khaira belum sampai umur setahun waktu ummi beli CD tersebut.Tapi now bila ummi bukak pun, memang Khaira tak suka... :-( ummi tak salahkan Khaira, sebab CD tu memang kurang menarik kerana objek yang digunakan semuanya cartoon. Tak ada mixed dengan real object.

Setelah ummi survey kat kedai, ummi belikan Khaira beberapa keping CD.
Peringkat pertama ummi belikan :-

A) CD keluaran BabyBumbleBee
- Bee Smart baby - vocabulary builder ( volume 2)

B) Dora the explorer series
- Rhymes and Riddles

C) Keluaran BabyFirst
- vocabulary seeds

Untuk peringkat percubaan ni ummi cuma belikan 3 keping CD sahaja.

Setelah mencuba, ummi satisfied because Khaira suka tengok CD. Pada mulanya ummi menonton dengan Khaira supaya Khaira rasa teruja sikit. Biar dia nampak ummi very ethusiastic, so dia akan semangat jugak. Lama kelamaan, ummi biar Khaira tengok sorang.Ummi notice Khaira suka repeat CD Bee Smart baby ( vocabulary builder). And ummi lagi rasa gembira sebab Khaira ikut sebut word yang disebut oleh CD tersebut.

Melihat Khaira ada interest dengan CD tersebut, ummi search from the internet mengenai series BabyBumbleBee.Rupa-rupanya terdapat dalam banyak volume.

Dengan semangat berkobar-kobar, ummi pergi lagi cari series BabyBumbleBee yang lain. Tapi kat tempat ummi pergi tu dah tak banyak series yang ada. Apa yang ada cuma:


- Action words ( vocabulary builder volume 3)
- Vocabulary builder ( volume 4)
- Bumble Bee's 123s








Ketiga-tiga CD tersebut ummi beli. Tapi kali ni Khaira asyik repeat CD action words pulak. Bila ummi cuba tukar yang lain, Khaira marah dan dia akan pasang balik CD action words.






Walaubagaimanapun, hasilnya setakat ini amat memuaskan hati ummi. Banyak vocab yang Khaira dah dapat melalui menonton CD ni.








Perkara-perkara yang menggembirakan ummi
1) Bila ummi test Khaira..ummi cakap.."Khaira ..whisper.."and she comes, whisper at me likes what she saws in the CD.
2) One day she saws a baby swing ( from tv) and she told me "swing...baby swing"
3) Sewaktu ummi bawak Khaira jalan-jalan kat taman, ada orang main kites kat sana and she said "fai..fai.."maksudnya "fly..fly" sebab ummi dengar khaira ikut word fly from CD..khaira sebut fai..fai..
- i never introduce her to a kite..at least she knows a word fly..bila nampak kites tu fly.
4) Suatu petang ummi duk berehat kat sofa, Khaira sedang main buai pemberiannya atuknya.. and she said "swing..swing"..ummi was so excited because sebelum ni Khaira asyik sebut "wai..wai"..maksudnya buai..buai and ummi tak pernah ajar pun.
and many more..dengan kata lain...memang a lot of improvement.









Ummi tak ada masa untuk ajar Khaira dengan detail setiap hari. Tambahan pula ummi agak letih setiap kali balik dari kerja sejak ummi mengandung. Ummi harap perkara-perkara seperti ini dapat membantu dalam proses mendidik Khaira..InsyaAllah...



Thank You