Monday, April 27, 2009

Ibu bapa alpa laksana amanah antara punca anak derhaka

ALLAH memerintahkan kita berbakti kepada kedua orang tua dan berbuat baik terhadap anak serta bersungguh dalam mendidik mereka kerana perbuatan itu termasuk sebahagian daripada menunaikan amanah Allah.

Melalaikan hak ibu bapa dan anak termasuk perbuatan khianat terhadap amanah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya." (Surah an-Nisa, ayat 58)


Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Hai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah diberi kepercayaan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 27)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin lalu ia mati (sedangkan pada) hari kematiannya dalam keadaan mengkhianati amanahnya itu, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya." (Hadis riwayat Bukhari)

Meskipun ibu bapa mengetahui mendidik anak adalah tanggungjawab besar, masih ramai yang lalai dan menganggap remeh perkara itu. Kemudian, apabila anak derhaka, melawan orang tua atau menyimpang daripada aturan agama baru mereka menyalahkan anak.

Sedihnya, ramai tidak sedar sebenarnya ibu bapa juga menjadi penyebab utama sikap derhaka. Ada kelalaian atau kesilapan dalam mendidik anak yang tanpa disedari memberi saham kepada munculnya kenakalan remaja serta sikap durhaka kepada orang tua antaranya:

Menumbuhkan rasa takut pada anak ketika mereka menangis dengan harapan berhenti dengan gambaran hantu, jin atau suara angin. Akibatnya, anak menjadi penakut seperti takut kepada bayang sendiri dan takut pada sesuatu yang sebenarnya tidak perlu ditakuti.
Contohnya, takut ke bilik mandi dan tidur sendiri kerana mendengar cerita hantu, jin. Ibu bapa tidak sepatutnya menakutkan anak.


- Insya-Allah, setakat hari ini ummi memang pegang pada prinsip tak suka takutkan kanak-kanak dengan benda yang bukan-bukan. Malah untuk Khaira, ummi tak pernah keluarkan perkataan "takut". Tapi entah kenapa Khaira dah pandai menggunakan perkataan takut. Mungkin sebab Khaira bukan di jaga oleh ummi seorang. Ada satu masa Khaira asyik sebut "takut cicak" sehinggakan setiap kali Khaira nak bergerak dari luar ke dalam bilik atau dari dalam bilik ke luar, mesti berteman. Reason yang diberi takut cicak. Ummi selalu marah bila Khaira kata "takut cicak", alhamdulillah lepas sebulan, Khaira dah tak takut cicak lagi. Now dia dah bebas bergerak ke sana ke mari even dalam gelap tanpa perasaan takut.
- Bila Khaira menangis tak henti2 atau tanpa sebab memang geram. Perkara ni jarang berlaku tapi once Khaira menangis memang susah nak berhenti. Kalau tak sabar, memang dah lama takutkan dia dengan apa-apa supaya berhenti menangis. Tapi ummi kena sabar. Ummi just mention, kat luar dark..tak elok menangis malam2 ataupun ummi akan start bercerita perkara-perkara yang boleh menarik perhatian dia eg : her daily life..Kalau Khaira menangis jugak instead of pujuk dengan macam2 benda..at last ummi biarkan je

Mendidik anak menjadi sombong dengan niat supaya mereka menjadi berani. Berani tidak harus dengan bersikap sombong atau bongkak kepada orang lain.

Membiasakan anak hidup berfoya-foya dan bermewah kerana yang mendorong mereka suka bersenang-senang, mementingkan diri dan tidak peduli keadaan orang lain. Mendidik anak seperti ini merosak fitrah, membunuh sikap bersederhana dan bersyukur.

Selalu memenuhi permintaan anak kerana ada ibu bapa yang sedaya upaya menunaikan semua kehendak anak mereka. Sedangkan, tidak setiap yang diinginkan anak itu bermanfaat atau sesuai dengan usia serta keperluannya.

Jika anak biasa dipenuhi segala permintaannya, mereka tumbuh menjadi anak yang tidak peduli nilai wang dan kesusahan mencari rezeki. Mereka juga tidak tahu membelanjakan wang dengan baik.

- ummi harap ummi ada kekuatan untuk mengajar Khaira erti kesusahan. Kekadang ummi risau sebab ummi jenis yang selalu turutkan kehendak Khaira.



Mengalah dengan anak semata-mata tidak tahan mendengar tangisan mereka juga perlu difikirkan semula ibu bapa. Memang memberi apa diminta akan menghentikan tangisan tetapi ia menggalakkan sifat mengugut dengan menggunakan tangisan sebagai senjata.

Terlalu berkeras juga tidak baik seperti memukul atau memarahi dengan suara tinggi. Ada ibu bapa menggunakan bahasa kasar ketika memarahi anak dan ada kalanya sikap itu menyebabkan anak kecil hati dan ada yang menyimpan dendam kerana tidak suka dimarah atau ditengking.

Ada juga ibu bapa yang kedekut sehingga anak berasa tidak disayangi apabila permintaan atau keperluan tidak dipenuhi. Jangan terkejut jika disebabkan sikap kedekut ibu bapa, anak mula mencuri demi memenuhi keinginan mereka.

Tidak memberi perhatian serta kasih sayang menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah. Keadaan ini banyak terjadi dan menyebabkan anak terjerumus dalam pergaulan bebas. Anak yang tidak mendapat perhatian keluarga senang berpaling kepada rakan sebaya.

Jika tersalah pilih kawan, mereka akan rosak. Justeru, ibu bapa perlu mengambil perhatian mengenai pemilihan rakan anak takut memberi pengaruh negatif dan paling penting memberi kasih sayang secukupnya bagi membina keluarga bahagia.

Ada juga ibu bapa yang terlalu menumpukan keperluan material anak sehingga terlupa kepentingan rohani sedangkan yang penting bagi memastikan pembinaan sahsiah seimbang dari aspek keperluan duniawi dan ukhrawi.

Ibu bapa perlu ada rasa syak wasangka terhadap anak tetapi perasaan itu biar bertempat serta berasas kerana ada ibu bapa terpedaya dengan kebaikan anak hingga tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka terbabit dengan aktiviti tidak baik.

Ibu bapa yang sangat percaya kepada anak tetapi tiba-tiba mendapati anaknya terbabit dadah, pasti akan terkejut dan tertanya-tanya kenapa perkara itu boleh berlaku. Berwaspada lebih baik daripada menyesal pada kemudian hari.

Itu antara kesalahan dilakukan ibu bapa sama ada antara sedar atau tidak. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dengan ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak serta melayari kehidupan keluarga yang dipenuhi kasih sayang.

Petikan dari Berita Harian 27 April 2009

Sunday, April 19, 2009

Cabaran buat ummi

Kekadang hadir perasaan takut di hati ummi...takut untuk membesarkan anak-anak ummi. Takut ummi tersilap langkah, tersilap cara dan takut ummi kekurangan masa untuk bersama anak-anak.

Melihat development Khaira, ummi rasa bersyukur sangat kerana Allah kurniakan ummi seorang anak yang sihat dan pandai. Perjalanan masih jauh..next month usia Khaira baru 2 tahun. Apa yang paling penting adalah doa..doa..dan terus berdoa.


Semalam ummi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ummi tak dapat nak spend masa lama kat sana sebab terlalu ramai orang sampai nak berjalan pun susah.Mungkin ummi perlu pergi time orang bekerja bukan weekend. Syukur sebab time ummi melangkah keluar dari PWTC tanpa membeli apa-apa, ummi ternampak booth Anis so sempatlah ummi renew langgan majalah Anis. Masa kat luar PWTC pulak, ummi ternampak booth read network, dapatlah ummi beli sesuatu untuk Khaira.







Berdoalah anakku..


Mungkin tak sesuai untuk age Khaira sebab Khaira tak pandai baca lagi tapi ummi nampak benda ni menarik. Ummi bacakan dulu untuk Khaira. Bila Khaira besar sikit, ummi boleh tampal kat bilik Khaira.












Set read easy..


Ummi tak beli 1 set, sebab Khaira dah ada buku-buku read easy. Ummi cuma belikan VCD sahaja. New version read easy ada disertakan VCD dan cover pun dah ditukar ( seperti gambar di atas ).




Dalam 3 bahasa, Melayu, Arab dan English dan disertakan 1 keping VCD..









Cory cat..

mengandungi phonic flash card.














Buku ni menarik kerana menggunakan real pictures.

Tebalnya adalah 255 pages.



Ummi cuba mengajar Khaira menggunakan buku read easy dan CD tapi nampaknya benda ni terlalu advance untuk Khaira. Khaira macam susah je nak ikut.Aduh..sakit kepala ummi. Apakah teknik yang perlu ummi gunakan supaya Khaira cepat membaca?


Patutkah ummi menyambung kembali teknik yang di syorkan oleh Glenn Doman yang telah terbengkalai sekian lama? Flash card yang ummi buat sendiri masih ada cuma ummi dah give up menggunakannya.Nampaknya ummi kena baca balik buku " How to teach your baby to read" by domann.


Dan satu lagi yang memeningkan ummi, Ummi patut ajar Khaira membaca dalam english atau malay dahulu?



Aduhai, pening kepala ummi.

Semua ni cabaran untuk ummi..

Thursday, April 16, 2009

Lap Air Mata

Malam tadi ummi on call, so ummi dah missed episod akhir mertua vs menantu. Tapi nasib ummi baik, sewaktu melihat-lihat rancangan tv melalui 'info' astro, ummi dapati terdapat tayangan ulangan episod tersebut pada pukul 12 tengahari ni. So apa lagi, tepat pukul 12 noon, ummi dah duduk di depan tv.

Ntah macam mana ummi terkeluar air mata masa tengok episod akhir ni.Sewaktu ummi duk tengah concentrate dengan cerita ni, tiba2 Khaira datang dari dapur meluru ke arah ummi. Khaira kehairanan tengok ummi menangis, maklumlah..ummi jarang sangat menangis bila tengok tv.

" ami nangis?" ..tegurnya dalam bahasa pelat dia.
" Ye..ummi nangis, Khaira tolong lap air mata ummi" kata ummi sambil tunjuk kat air mata yang ada kat pipi ummi. Khaira terus berlari pergi.

Tiba-tiba Khaira datang dengan kain hitam di tangannya dan terus diletakkan pada muka ummi. Punyelah ummi terkejut.

Ya Allah...kain buruk yang kakak buat lap perabot pagi ni...ada ke patut kain tu yang di ambilnya untuk lap air mata ummi.

Itulah budak..terlalu lurus..

Selama ni bila ummi sebut perkataan lap, selalu di tujukan pada sesuatu yang kotor. Contohnya bila khaira tumpahkan makanan..ummi arahkan Khaira suruh lap, walaupun sebenarnya bukan khaira yang akan lap.

" Ini kotor Khaira, ambil towel ummi yang dekat kerusi tu" arah ummi sambil tunjukkan towel kecil yang ada kat kerusi.
Khaira terus mengambilnya dan datang pada ummi.

Di lapnya air mata ummi. Bila dah habis lap air mata yang kat pipi ummi..kelopak mata ummi atas dan bawah dibukanya sebab nak lap kat dalam mata jugak. Khaira..khaira...

Friday, April 10, 2009

23 months old

At the age of 23 months old...


Perkembangan Khaira setakat hari ini..



GROSS MOTOR

1- jumps in place

2- descend stairs 2 feet per step

3- climbs stairs like adult ( but only a few flight of stairs)

4- dance on tiptoe ( yang ni Khaira tiru from video clip twinkle2 little star - banyak step yang khaira dapat tiru, others like..she tries to balance herself on 1 foot and able to turn around her body)



* all above are advance for her age



FINE MOTOR/VISION

1- turns door knob - ( 2y)

2- unwraps sweer ( she's able to do this earlier) - (2y)

3- imitate horizontal line, circle ( 2.5 y)

4- recognise herself and other family members in photo ( 2.5 y)



normal development for the above skills as in the braket



HEARING/SPEECH

1- combine words / 3 word sentence ( eg khaiya nak susu, ni chair khaiya , nak pon abi )

2- Point to many pictures in the book

3- able to name many pictures

Animal eg: elephant, snake, octopus, fish, bird, giraffe, zebra, hippo, cat, lion, orang utan,


lizard, bear, egg, turtle, frog, butterfly,

Fruits eg : banana, apple, strawberry

Clothes : baju, seluar,shoes, boots, hat, topi, umbrella, spec (glasses), jam,

At home : plate, sudu, flowers, clock, doll, blanket, towel, lampu, bantal, comb, sabun, key, CD, coins, telefon, hammer,

Body parts: hair, eyes, nose, mouth, teeth, ear, armpit, hand, feet, perut

vehicles: aeroplane, car, bus, bicycle, lorry

Others: stars, kaabah,


4- knows more than 2 actions

eg : whisper, sleep, sit down, fly

5- ask " pe ni?" - apa ni?



SOCIAL

1- plays alone

2- name friend



Development ni adalah base on ummi punya paediatric notes during medical student.Tapi setiap reference berlainan but most of them is almost the same.

Tuesday, April 7, 2009

Thursday, April 2, 2009

Ujian Allah

Apa yang ummi ingin ceritakan di sini adalah apa yang berlaku di hadapan ummi sendiri. Harap dapat dijadikan iktibar untuk kita semua terutamanya diri ummi sendiri.

Seperti biasa setiap kali tibanya waktu ummi incharge di intensive care unit (ICU), masa ummi agak kurang sedikit dengan Khaira. Ummi akan balik lambat sedikit berbanding ketika ummi incharge di dewan bedah.

Di ICU, walaupun stressful dan penat tapi ummi enjoy because ummi akan jumpa macam-macam ragam doctors, patient dan pelbagai jenis penyakit. I have to deal with all of them..

Cerita yang ummi nak bgtau kat sini adalah salah satu kisah yang betul-betul mencuit hati ummi.
Kisahnya adalah mengenai seorang budak perempuan yang berumur 11 tahun yang telah dimasukkan ke ICU kerana masalah pernafasan. Sebelum itu, she was diagnosed to have transverse myelitis. She is previously well, never been admitted but suddenly fell sick. Ummi baca further history about her....rupa-rupanya she is the only child in the family and a top student in the school. Ya Allah..ummi tak dapat bayangkan macam mana perasaan ibu dan ayahnya apabila satu-satunya anak mereka jatuh sakit.

Penyakitnya agak teruk..banyak hari jugak dia bergantung pada bantuan mesin pernafasan. She is sometime alert and can write simple word. contoh yang pernah ummi baca, dia pernah tulis..sakit..penat..lapar.. dan satu lagi ummi agak tersentuh apabila dia tulis "saya mahu cepat sihat, saya tak nak ummi dan ayah risau"
setiap kali baca tulisannya ummi rasa kasihan sangat.Ummi dapat rasakan she is a good girl. Dia fikir perasaan orang tuanya dan tak nak ummi dan ayahnya risau kerana dia.Finally we manage to wean her off from ventilator.

Hari terakhir ummi di ICU, sewaktu membuat round petang, she complained that she had difficulty in breathing and she refused to wear a BIPAP mask ( non invasive ventilatory support). Waktu tu jugak ummi ternampak kertas yang dia tulis....kali ni betul-betul membuatkan ummi tersentuh

" Bismillahirahmanirahim ( di tulis dalam bahasa jawi)
Ya Allah.Kuatkanlah semangatku
Tabahkanlah hatiku..
Pulihkanlah aku seperti sedia kala..
Ya Allah, perkenankanlah doaku..."
Hati ummi amat tersentuh. Di tangannya terdapat sebuah buku bertajuk mukjizat Nabi.
Ummi terasa air mata ummi seakan ingin mengalir apabila dia mengadu susah untuk bernafas sambil air matanya berjurai keluar. But I have to be professional.
Dalam hati, ummi memuji ummi dan ayahnya yang mendidiknya menjadi seorang anak yang solehah.
Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dan kembali seperti sedia kala.Amin..