Ada dua lagi resipi yang ummi nak share dengan anak-anak ummi :)
TERUNG MASAK LEMAK
Bahan2:
1) santan 100 mls + air 200 mls
2) dua/tiga biji terung panjang - potong dua
3) bawang besar - potong bulat
4) 2 biji bwg merah
5) garam secukup rasa
6) lada
IKAN TENGGIRI SWEET SOUR
Bahan2:
1) 2 keping ikan tenggiri - digoreng
2) 2 biji bawang putih
3) 1/2 biji bwg besar - dimayang
4) 3 sudu sos cili dan 3 sudu sos tomato
5) setengah cawan air
6) serai
7) lada besar - dipotong
8) gula - 1 sk
9) garam secukup rasa
Cahaya Mata Anugerah Ilahi
"Anak-anak adalah cahaya mata, Penghibur hati penyejuk jiwa, Nikmat Allah yang paling bahagia, Nisbah benda lahiriah di dunia, Amanah Allah yang mesti dijaga....."
Thursday, January 26, 2012
Wednesday, November 24, 2010
Sunday, January 3, 2010
Perpisahan
Ummi post kan entry ni selepas dua jam abi bertolak.
Tidak pernah terbayang di fikiran ummi perpisahan ini akan berlaku. Ummi akur dengan ketentuan Nya.Moga Allah selamatkan abi sepanjang perjalanan pulang.
Perpisahan ini cukup mengajar ummi erti ' MENGHARGAI'. Moga abi berfikiran sama seperti ummi,
iaitu menghargai benda yang ada di depan mata. Begitulah lumrah manusia, apabila hilang sesuatu benda atau seseorang barulah mereka terasa betapa berharganya benda atau seseorang tersebut di dalam kehidupan mereka.
Khaira masih tidak mengerti apa-apa. Dia tidak faham yang abi sudah berpindah ke terengganu dan tidak akan bersama dengannya lagi seperti dahulu. Syukurlah anak ummi tidak mengerti, cukuplah ummi seorang yang bersedih sebab ummi tak sanggup nak tengok anak-anak ummi bersedih seperti ummi.
Ummi faham abi sangat sedih dan ummi tahu abi sedang berlawan dengan perasaan. Hati mana yang tak sedih nak meninggalkan anak-anak yang sedang membesar. Meninggalkan tempat kerja yang dah sebati dalam diri. Abi akan menempuh suatu alam baru..alam yang banyak perbezaannya. Boleh ummi katakan di sini, abi yang lebih berat menanggung perasaan sedih berbanding ummi. Moga Allah kuatkan hati abi hadapi segala-galanya. Ummi yakin, ada sinar di hadapan yang menunggu.
Ummi pula...tak dapat ummi gambarkan dengan perkataan perasaan hati ummi. Moga sebak di dada ini akan hilang dengan berlalunya masa. Yang ummi tahu..ummi kehilangan seorang suami di sisi, seorang kawan rapat yang sentiasa menolong ummi walau sekecil dan sebesar mana pun pertolongan itu, seorang teman ketika ummi keluar, seorang rakan bicara, seorang pendengar setia dan seorang teman bergurau.
Tak dapat lagi ummi katakan di sini kerana terlalu banyak ummi bergantung pada abi. Abi pelengkap ummi.
Seperti kata abi, jadikan perpisahan ini sebagai satu tempoh masa untuk kita muhasabahkan diri masing-masing dan yang paling penting dekatkan diri padaNya di setiap masa yang terluang supaya apabila kita sekeluarga kembali bersama kita akan lebih saling menghargai dan membentuk satu keluarga yang lebih sempurna terutamanya di sisi agama islam.
Kerana pada hakikat yang sebenar, ummi dan abi sudah banyak lalai.... masih berjemaah tetapi kurang, masih mengaji tapi tidak di depan abi lagi...seperti mana dahulu, abi akan awasi ummi mengaji agar mana2 hukum tajwid yang ummi silap, abi betulkan..., tazkirah antara ummi dan abi.....juga sudah lama tertinggal.
Kenapa ummi dan abi tidak terfikir untuk mengumpul harta sebagai bekalan di akhirat? Penting sangatkah dunia sehinggakan terlalu banyak urusan dunia dilakukan berbanding urusan akhirat?Jauhkanlah ummi dari cintakan dunia..nauzubillah..
Dan oleh kerana itu...ummi tidak boleh sedih2 lagi..ummi mesti kuat!
Wahai ummi....bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu ummi kuat dalam menghadapi ujian ini jadi Allah berikan ujian ini untuk ummi.
".........ada kemanisan di sebalik kesabaran dan ada hikmah di sebalik segala dugaan... "
Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
( ummi cuba untuk download videoclip yg lebih menarik untuk lagu ni tapi failed, terpaksa download yang ni.)

Untuk Abi...

MELAWAN KESEPIAN
Apapun yg terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun kini
Pengajaran yg bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan mengubah apa pun
Semoga mampu ku lewat..kesepian ku
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pengajaran yg bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan mengubah apa pun
Semoga mampu ku lewat..kesepian ku
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lewat
Kesepianku........
Semoga kepergianmu
Tak akan..
Semoga mampu ku lewat..kesepianku
Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti...
Subscribe to:
Posts (Atom)